Sunday, 5 October 2014
Ibadah Haji dan Aidil Adha : Signifikannya kepada umat Islam
10 Zulhijah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014
Lafaz takbir bergema. Kalimah yang cukup indah dan Maha Agung sekali pengertian di sebalik kalimah tersebut.
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan Melainkan Allah,
Segala puji-pujian bagi Allah dan Allah Maha Besar.
Kalimahnya cukup mudah, ringkas dan indah malahan ia juga membawa pengertian yang Maha Agung. Ayuh rakan, ayuh teman kita menghayati di sebalik kalimah tauhid tersebut. Sesungguhnya Allah itu wujud dan Esa dan kepadaNya kita menyembah dan memohon pertolongan.
Hari Raya Korban ataupun Aidil Adha merupakan antara hari yang amat signifikan kepada umat Islam sejagat. Ia juga amat sinonim dengan ibadat Haji kerana ibadat Haji dan Aidil Adha mempunyai perkaitan yang amat kuat. Tiada ibadat haji, tiadalah AidilAdha.
Sehari sebelum kita merayakan Aidil Adha, kita disunatkan untuk berpuasa Hari Arafah kerana pada hari tersebut semua jemaah haji berada di Padang Arafah dan merupakan kemuncak pada ibadah haji. Malahan, dalam sebuah hadis Nabi juga menggalakkan untuk berpuasa sunat dari 1-9 Zulhijah dan kafiat amalan tersebut amat besar ganjarannya. Inshaa Allah, segala kebaikan yang kita lakukan pasti Allah akan membalasnya. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya seluas-luasnya kepada kita dan mengurniakan keselamatan dan kesejahteraan dalam hidup kita semua.
Dalam ibadat haji, terkandungnya pelbagai simbolik dan makna tersurat dan tersirat yang boleh kita hayati. Antaranya wukuf di Padang Arafah merupakan simbolik gambaran di Padang Mahsyar sewaktu hari kiamat nanti. Cuaca di Padang Arafah adalah begitu panas dan begitulah keadaannya kita di sana kelak sewaktu hari kiamat. Bagi mengetahui serba sedikit mengenai simbolik ibadah Haji Tuan /Puan bolehlah membuka url berikut http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/25/simbolik-ibadah-haji/
Ibadah haji kali ini dikatakan sebagai Haji Akhbar dan ia merupakan haji yang sangat diharapkan oleh semua umat Islam. Kali ini hari wukuf di Padang Arafah adalah jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Malahan kita digalakkan untuk berdoa sepanjang waktu tersebut kerana doa kita akan dimakbulkan. Inshaa Allah, Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk kita kerana Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya. Mari lah kita susuri kehidupan ini dengan penuh yakin terhadap Allah, taati perintahNya dan terus berdoa. Doa, usaha dan tawakal perlulah seiring.
Hari Raya Aidil Adha juga memberikan sentuhan peribadi tersendiri kepada diri saya dan kesannya amat mendalam. Ini adalah kerana, saya dilahirkan sewaktu Aidil Adha di waktu subuh. Begitu lah seperti apa yang dceritakan oleh arwah abang Long saya. Alhamdulilah, saya amat bersyukur atas kurniaan Allah kerana diberikan peluang untuk lahir pada Aidil Adha.
Sememangnya Aidil Adha bukan sahaja menceritakan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail semata, malah luas ruang lingkupnya kerana Aidil Adha bertaut erat bersama ibadah Haji. Banyak kisah dan pengajaran di sebalik setiap peristiwa tersebut dan ia memberikan kesan yang mendalam dan signifikan kepada semua umat Islam.
TAMAT
............................................................................................................................................
Hari raya juga memberikan kita kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga. Saya sempat lah juga 'berwefie' bersama anak-anak saudara saya...hehe.Happy family,alhamdulilah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment