Lama sudah tak menulis di blog adhashah.Saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak berkesempatan sangat untuk menulis di sini.Kehidupan ini merupakan suatu perjalanan yang ada pelbagai warna dan bergantung kepada kita bagaimana untuk mewarnainya.Dari pengalaman yang kita perolehi,kita perlu pelajari pengajaran dan hikmah di sebaliknya.
Mungkin ada di kalangan pembaca ingin tahu, adakah saya memenangi pemilihan sebagai calon Parlimen Belia Malaysia Johor yang lepas (2014).Bagi yang mengikuti saya di Facebook pasti sudah maklum keputusan pemilihan tersebut.Untuk makluman pembaca, saya tidak memenangi kerusi bagi Parlimen Belia itu.Di kesempatan, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang menyokong dan juga kepada yang mengundi saya pada pemilihan Parlimen Belia yang lepas.Saya amat bersyukur kerana diberi peluang seumpama ini dan memberikan saya pengalaman yang sangat berharga.Di samping itu juga, dapat menambah kenalan baru dan mengenali rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.Bagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih itu, saya juga turut buat video dan telah dimuat naik ke youtube bagi tatapan rakan-rakan semua.Terima kasih sekali lagi.https://www.youtube.com/watch?v=hOt7i4PRbkg
No comments:
Post a Comment