Tuesday, 7 April 2015

Rich Dad Poor Dad

Sekarang saya sedang menelaah buku 'Rich Dad Poor Dad' nukilan Robert T.Kiyosaki.Saya agak ralat tidak membaca buku ini seawal usia saya 20-an.Namun, jika saya membaca di awal usia 20-an mungkin agak sukar untuk saya menerima pandangan beliau.Ye lah, awal 20-an saya ,masih lagi memulakan kerjaya dan amat mengharapkan untuk bekerja di sektor awam.Sehingga kini, impian untuk bekerja di sektor awam masih tetap membara.Apa pun, buku ini amat sesuai untuk dibaca bagi meluaskan lagi pandangan dan memberikan kita motivasi dalam kehidupan.Secara tidak langsung, membaca nashkah buku ini umpama kritikan sosial kepada manusia dan terkena batang hidung sendiri.Nota : saya masih belum lagi menamatkan pembacaan buku ini.

Secara ringkas, buku ini menceritakan seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun mempunyai dua orang ayah iaitu Rich Dad dan Poor Dad.Dua orang ayah penulis telah membina jati diri dan pandangan beliau dalam kehidupan.Buku ini menceritakan tentang kefahaman kita untuk menjadikan 'duit bekerja untuk kita' bukan 'kita bekerja untuk duit'.Setakat pembacaan saya sehingga hari ini,Rich Dad berkongsi pemikiran kepada penulis tentang 'ketakutan'(fear) dan 'impian' (desire).Rich Dad menceritakan, pemikiran seseorang bergantung kepada 'fear' dan 'desire'.

Tentang 'impian' dan 'ketakutan'.Rich Dad menjelaskan tindakan seseorang manusia sama ada dipengaruhi oleh impian atau ketakukan mereka.Bagi mereka yang mencari pendapatan dengan makan gaji kebanyakkannya akan dipengaruhi oleh rasa takut mereka (contoh - job security,kerja berkontrak).Kontra pula bagi mereka yang bertindak berdasarkan impian mereka.Golongan seperti ini kebanyakkannya terdiri daripada usahawan dan mereka tidak takut untuk berniaga bagi mengejar impian dan kebebasan kewangan mereka.Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan e-book ini, bolehlah beli buku ini dengan harga RM10 sahaja dengan saya.Anda pasti berpuas hati membaca buku ini.

Kayuhan semula setelah rehat dari cedera

Alhamdulilah hari ini saya dapat berbasikal semula setelah berehat dari kecederaan di Semarang Jamboree,Ayer Hitam.Selepas kecederaan tersebut, sepanjang bulan March saya tidak dapat berbasikal.Kecederaan yang saya alami adalah 'stress' bahagian otot di punggung.Duduk lama je terasa mengilu dan tiba-tiba rasa mengilu itu datang (ikut intonasi iklan ubat gigi tu)...hehe.

Hari ini, saya hanya dapat berkayuh selama 18 minit sahaja.Selebihnya saya terpaksa sorong basikal atas masalah teknikal basikal saya.Beberapa minit saya terbuang juga sebab singgah di kedai motor untuk pam angin tayar saya.Sila abaikan gambar rajah di atas kerana tempoh senaman tak tepat.Cuba juga edit kat phone tadi, tapi tak dapat pula.

Hari ini umpama episod penyesuaian semula saya untuk berkayuh.Agak kecewa juga sebab performance tak macam sebelum ini.Baru je beberapa minggu tak berkayuh.Lagi pun bahagian pinggul saya ni masih ada sikit-sikit lagi terasa sakitnya.Inshaa Allah, dengan penuh harapan untuk mendapat kesihatan yang baik,hidup yang sejahtera dan seterusnya beribadah kepada Allah dengan baik dan sihat.Ameen.

Sunday, 5 April 2015

My Summary Fitness - March

Untuk March ni dapat bersenam sejauh 127.55 KM dan burn calories sebanyak 10,336.Ok lah tu.Bulan April ni tak tahu lagi lah macam mana.Inshaa Allah,buat yang terbaik.Ameen.


Semoga terus berjaya.Bismillah.

Semarang Cross Country@Jamboree 2015

Alhamdulilah pada 7 March 2015 yang lepas saya dapat menyertai Semarang Cross Country@MTB Jamboree.Ini merupakan pertama kali saya menyertai jamboree.Memang pengalaman yang sangat menarik dan menguji ketahanan mental dan fizikal.Bagi saya yang masih lagi berjuang untuk dapatkan badan yang fit, sudah pasti ia merupakan cabaran yang sesuai bagi mengukur tahap kecergasan.

Setiap orang pasti mempunyai tahap kemampuan yang berbeza.Jika nak 'power' kena lah kerja lebih lagi untuk mantapkan tahap kecergasan.Matlamat saya hanya mahu kehidupan yang sihat dan kekal cergas.Saya sertai jamboree bagi mencari pengalaman baru dan sukan berbasikal merupakan minat saya.Berbalik kepada event ni, trail Semarang Cross Country ni memang terbaik dan sesuai untuk yang first trial.Terbaik juga sebab panduan jalan memang nampak dan riders pasti tidak akan tersesat.

Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan apabila tersilap 'skills' sewaktu 'downhill' di Bukit Geriba.Apa lagi jatuh terjepuk kat tanah.Sampai sekarang sakitnya masih terasa lagi di bahagian pinggul.3 minggu menahan sakit disebabkan otot bahagian tu yang cedera.Inshaa Allah beransur pulih tak lama lagi.Selepas jatuh tu saya belum lagi berkayuh walau jauh di sudut hati ni dah gian saya nak mengayuh basikal.Sepanjang bulan March ini juga saya tak dapat nak kardio sangat, kena lah buat senaman yang tak berat sangat dan berat pun maintain je kat situ (116 KG).Ok lah tu, berat pada hujung bulan 11 berat saya 128 KG.Matlamat untuk dapatkan kesihatan yang baik.

Apa pun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kak Ina dan suami serta rakan-rakan riders lain yang sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam dunia kayuhan ini.Setinggi penghargaan dan terima kasih daripada saya.Tidak dilupakan juga buat Kevin Zahri and team yang selalu berkongsi ilmu kecergasan dan pemakanan yang baik untuk kesihatan.






Adha Shah kembali

Assalamualaikum,

Lama sudah tak menulis di blog adhashah.Saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak berkesempatan sangat untuk menulis di sini.Kehidupan ini merupakan suatu perjalanan yang ada pelbagai warna dan bergantung kepada kita bagaimana untuk mewarnainya.Dari pengalaman yang kita perolehi,kita perlu pelajari pengajaran dan hikmah di sebaliknya.

Mungkin ada di kalangan pembaca ingin tahu, adakah saya memenangi pemilihan sebagai calon Parlimen Belia Malaysia Johor yang lepas (2014).Bagi yang mengikuti saya di Facebook pasti sudah maklum keputusan pemilihan tersebut.Untuk makluman pembaca, saya tidak memenangi kerusi bagi Parlimen Belia itu.Di kesempatan, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang menyokong dan juga kepada yang mengundi saya pada pemilihan Parlimen Belia yang lepas.Saya amat bersyukur kerana diberi peluang seumpama ini dan memberikan saya pengalaman yang sangat berharga.Di samping itu juga, dapat menambah kenalan baru dan mengenali rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.Bagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih itu, saya juga turut buat video dan telah dimuat naik ke youtube bagi tatapan rakan-rakan semua.Terima kasih sekali lagi.https://www.youtube.com/watch?v=hOt7i4PRbkg


Sunday, 5 October 2014

Ibadah Haji dan Aidil Adha : Signifikannya kepada umat Islam


10 Zulhijah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014

Lafaz takbir bergema. Kalimah yang cukup indah dan Maha Agung sekali pengertian di sebalik kalimah tersebut.

 Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan Melainkan Allah,
Segala puji-pujian bagi Allah dan Allah Maha Besar.

Kalimahnya cukup mudah, ringkas dan indah malahan ia juga membawa pengertian yang Maha Agung.  Ayuh rakan, ayuh teman kita menghayati di sebalik kalimah tauhid tersebut. Sesungguhnya Allah itu wujud dan Esa dan kepadaNya kita menyembah dan memohon pertolongan.

Hari Raya Korban ataupun Aidil Adha merupakan antara hari yang amat signifikan kepada umat Islam sejagat. Ia juga amat sinonim dengan ibadat Haji kerana ibadat Haji dan Aidil Adha mempunyai perkaitan yang amat kuat. Tiada ibadat haji, tiadalah AidilAdha.

Sehari sebelum kita merayakan Aidil Adha, kita disunatkan untuk berpuasa Hari Arafah kerana pada hari tersebut semua jemaah haji berada di Padang Arafah dan merupakan kemuncak pada ibadah haji. Malahan, dalam sebuah hadis Nabi juga menggalakkan untuk berpuasa sunat dari 1-9 Zulhijah dan kafiat amalan tersebut amat besar ganjarannya. Inshaa Allah, segala kebaikan yang kita lakukan pasti Allah akan membalasnya. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya seluas-luasnya kepada kita dan mengurniakan keselamatan  dan kesejahteraan dalam hidup kita semua. 

Dalam ibadat haji, terkandungnya pelbagai simbolik dan makna tersurat dan tersirat yang boleh kita hayati. Antaranya wukuf di Padang Arafah merupakan simbolik gambaran di Padang Mahsyar sewaktu hari kiamat nanti. Cuaca di Padang Arafah adalah begitu panas dan begitulah keadaannya kita di sana  kelak sewaktu hari kiamat. Bagi mengetahui serba sedikit mengenai simbolik ibadah Haji Tuan /Puan bolehlah membuka url berikut http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/25/simbolik-ibadah-haji/

Ibadah haji kali ini dikatakan sebagai Haji Akhbar dan ia merupakan haji yang sangat diharapkan oleh semua umat Islam. Kali ini hari wukuf di Padang Arafah adalah jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Malahan kita digalakkan untuk berdoa sepanjang waktu tersebut kerana doa kita akan dimakbulkan. Inshaa Allah, Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk kita kerana Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya. Mari lah kita susuri kehidupan ini dengan penuh yakin terhadap Allah, taati perintahNya dan terus berdoa. Doa, usaha dan tawakal perlulah seiring.

Hari Raya Aidil Adha juga memberikan sentuhan peribadi tersendiri kepada diri saya dan kesannya amat mendalam. Ini adalah kerana, saya dilahirkan sewaktu Aidil Adha di waktu subuh. Begitu lah seperti apa yang dceritakan oleh arwah abang Long saya. Alhamdulilah, saya amat bersyukur atas kurniaan Allah kerana diberikan peluang untuk lahir pada Aidil Adha.

Sememangnya  Aidil Adha bukan sahaja menceritakan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail semata, malah luas ruang lingkupnya kerana Aidil Adha bertaut erat bersama ibadah Haji. Banyak kisah dan pengajaran di sebalik setiap peristiwa tersebut dan ia memberikan kesan yang mendalam dan signifikan kepada semua umat Islam.

                                                                          TAMAT

............................................................................................................................................

Hari raya juga memberikan kita kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga. Saya sempat lah juga 'berwefie' bersama anak-anak saudara saya...hehe.Happy family,alhamdulilah!

 

Wednesday, 1 October 2014

DILEMA MINYAK VS ORANG NAIK MINYAK

Semalam kita dikejutkan dengan pengumuman kerajaan atas pengurangan subsidi minyak. Lantas apabila subsidi dikurangkan, ia membawa kepada kenaikan harga minyak. Malam semalam hingga lah ke hari ini, ia menjadi viral di media sosial dan pelbagai saluran lagi. Nampaknya, rasionilasasi  subsidi oleh kerajaan tidak berjaya merasionalkan rakyat. Saya bukan lah seorang pakar ekonomi tapi sebagai pengguna sudah pasti saya turut terasa kesan kenaikan harga minyak ini.Dalam isu ini, antara point-point dan persoalan yang perlu kita tahu dan fikirkan adalah seperti berikut ;
  • Kerajaan dalam usaha untuk merasionalisasi subsidi kerana kerajaan berpandangan bahawa subsidi yang diberikan tidak sampai kepada golongan sasaran. Justeru itu, kerajaan merasakan  dengan memberikan bantuan seperti BR1M dan RM100 kepada pelajar sekolah merupakan langkah yang tepat kepada golongan sasaran. Namun demikian, sejauh manakah bantuan tersebut capai kepada golongan sasaran?, sedangkan mereka yang terlebih mampu pun boleh menerima BR1M. Bantuan sedemikian nampaknya seperti menambahkan lagi beban kos perbelanjaan kerajaan. 
  • Dilema kerajaan Vs Dilema rakyat. Kerajaan berhadapan dengan situasi subsidi yang diberikan itu hanya dirasai oleh golongan tertentu sahaja. Selain itu, subsidi itu juga turut dirasai oleh rakyat negara jiran kita juga.Tidak kurang juga dengan penyeludupan minyak yang berlaku bagi dijual semula ke negara jiran. Justeru, apakah tindakan yang konstruktif bagi membendung jenayah tersebut? Mungkin dapatan yang diterima kerajaan yang menyatakan bahawa golongan pendapatan sederhana tidak banyak menggunakan minyak itu tidak tepat. Hal ini kerana, kalau pendapatan tak besar langkah pun tak besar. Jadi bagaimana mahu kerap mengisi minyak?
  • Kesan kenaikan minyak ini juga boleh membawa kepada manipulasi harga pasaran barangan keperluan. Dikhuatiri, pembekal dan peniaga mengambil kesempatan dalam hal ini atas alasan kenaikan minyak. Namun saya percaya, tidak semua begitu. Peniaga dan pembekal juga mungkin mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Atas faktor tersebut, kerajaan dan jenteranya pentadbirannya perlu mencari titik pertemuan bagi menangani isu ini. 
Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada rakan-rakan calon Parlimen Belia Negeri Johor agar kita dapat berkumpul bersama-sama untuk membicarakan isu ini. Diharapkan perkumpulan seumpama ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk kita menyuarakan suara rakyat Malaysia. Kalah atau menang dalam pemilihan Parlimen Belia ini saya tidak pentingkan sangat. Bagi saya, Allah telah memilih kita untuk bersuara bagi rakan-rakan yang lain. Walau kalah, saya sudi untuk bersama yang lain untuk kita garapkan harapan dan keluh kesah rakan kita di peringkat Negeri Johor. Salam muafakat!